Skip to main content

Dunia

Siasatan terperinci perlu untuk banteras penipuan sijil vaksinasi, kata Hishammuddin

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa diminta terus menjalankan siasatan terperinci bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan sijil vaksinasi COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penipuan membabitkan sijil vaksinasi itu merupakan perkara yang tidak boleh dimaafkan kerana ia akan memudaratkan serta mendedahkan orang ramai kepada pandemik COVID-19.

"Bagi saya, kita tidak akan bertolak ansur tentang penipuan sijil vaksinasi COVID-19...ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan saya gembira bila pihak berkuasa sudah pun mengambil tindakan terhadap individu tertentu.

"Namun siasatan mesti diteruskan kerana ketamakan mereka untuk mendapatkan keuntungan dan ambil kesempatan dalam musibah yang melanda dunia perlu ditangani dengan segera," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu hari ini (13 Jan).

Encik Hishammuddin juga berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu itu boleh menyebabkan kes COVID-19 di Malaysia meningkat.

"Mereka akan menjejaskan orang yang tidak berdosa... kita tahu sekarang ada varian yang lebih berbahaya iaitu Omicron dan kita tidak mahu kes COVID-19 kembali meningkat," katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita