Siasatan polis ke atas Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan Dr Mahathir
Anggaran Waktu Membaca:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mokhzani Mahathir dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, turut disiasat, namun dalam kes berbeza.
"Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.
"Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Ahad (28 Jan).
Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Encik Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan bahawa Encik Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.
Encik Mokhzani dikatakan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.