Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siasatan MH17: Penyiasat dedah panggilan telefon pemberontak, pegawai kanan Rusia

Para penyiasat yang terlibat dalam siasatan berhubung nahas penerbangan MH17 di Ukraine mendedahkan panggilan telefon yang dipintas, menunjukkan hubungan rapat antara pegawai ‘berpangkat tinggi’ Rusia dan suspek pemberontak yang menghadapi perbicaraan berhubung kejadian itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Siasatan MH17: Penyiasat dedah panggilan telefon pemberontak, pegawai kanan Rusia

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh. (Gambar: Alexander Khudoteply/AFP)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 08:19AM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 08:23AM

THE HAGUE: Para penyiasat yang terlibat dalam siasatan berhubung nahas penerbangan MH17 di Ukraine mendedahkan panggilan telefon yang dipintas, menunjukkan hubungan rapat antara pegawai ‘berpangkat tinggi’ Rusia dan suspek pemberontak yang menghadapi perbicaraan berhubung kejadian itu.

Berdasarkan siasatan, rakaman itu membangkitkan keraguan mengenai kemungkinan pelibatan para pegawai utama di Moscow, - termasuk Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dan seorang pembantu kanan Presiden Vladimir Putin berkenaan penggunaan peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines pada 2014.

Pintasan tersebut juga menunjukkan hubungan antara Kremlin dengan para pemisah Republik Rakyat Donetsk (DPR) di timur Ukraine ‘adalah lebih rapat’ berbanding yang disangkakan, menurut siasatan.

“Panggilan telefon dibuat hampir setiap hari antara kepemimpinan DPR dan kenalan mereka di Rusia," menurut Pasukan Siasatan Bersama diketuai negara Belanda dalam satu kenyataan.

“Mereka bercakap dengan para pemimpin di Moscow, dekat sempadan dengan Ukraine dan di Crimea.

“Komunikasi kebanyakannya dibuat menerusi panggilan telefon yang disediakan agensi keselamatan Rusia.”

Pasukan penyiasat merayu lebih ramai saksi tampil menjelang perbicaraan tiga warga Rusia dan seorang warga Ukraine tahun depan di negara Belanda berhubung nahas pesawat itu.

Pesawat penumpang tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK buatan Rusia pada 2014, di ruang udara timur Ukraine yang dikuasai pihak pemberontak, sekali gus mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Para suspek yang bakal didakwa ialah bekas ejen risikan Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan Leonid Kharchenko, semuanya anggota kanan DPR.

Mereka semua dijangka dibicarakan tanpa kehadiran. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan