Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siasatan kes cabul Anggota Parlimen Perlis dihantar kepada pendakwa raya

Kertas siasatan kes seorang Anggota Parlimen dari Perlis yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perlis akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Anggaran Waktu Membaca:
Siasatan kes cabul Anggota Parlimen Perlis dihantar kepada pendakwa raya

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 04:39PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 04:41PM

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes seorang Anggota Parlimen dari Perlis yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Perlis akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihak polis sudah mengambil keterangan Anggota Parlimen itu dua hari lepas (30 Okt).

“Kertas siasatan yang lengkap berhubung dakwaan cabul melibatkan Anggota Parlimen ini akan kita serahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat," katanya di sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM, hari ini (1 Nov).

Selasa lepas, media melaporkan Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman merakamkan keterangan Anggota Parlimen dari Perlis itu selama enam jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Encik Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada pendakwa raya berhubung kes pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman yang merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, pada 8 Sep lepas.

"Kita sudah serahkan kertas siasatan yang lengkap kepada pendakwa raya dan masih menunggu jawapan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 11 Sep lepas, polis menahan bekas pegawai, Mohd Azis bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas satu laporan polis sudah dibuat oleh mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Encik Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336). 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan