Siasatan kes 1MDB dijangka selesai Mac ini: Ketua Polis M'sia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka melengkapkan kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menjelang Mac ini.
(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka melengkapkan kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menjelang Mac ini.
Ketua Polis Negara Mohammad Fuzi Harun berkata, siasatan mash berjalan dengan melibatkan beberapa individu sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Beliau berkata pihaknya sedang mempergiatkan siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan dengan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
"Kalau tak silap saya Mac ini (siasatan lengkap), kita sedang mempergiatkan siasatan, siasatan dibuat secara berterusan. Ini adalah perkara dalaman yang sedang rancak berjalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ronda Cegah Jenayah di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur pada Khamis (24 Jan).
Menurutnya, tiada isu bahawa polis sengaja melambat-lambatkan siasatan kes 1MDB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.