Siasatan dapati enjin kiri pesawat Jeju Air masih beroperasi ketika ia terhempas
Para penyiasat belum lagi menerbitkan laporan muktamad berhubung nahas udara paling maut pernah berlaku di Korea Selatan. (Gambar: Reuters)
Namun pesawat Boeing 737-800 itu sebaliknya mendarat di Lapangan Terbang Muan tanpa menurunkan gear pendaratan, tersasar di landasan meletup selepas ia melanggar tambak, sekaligus mengorbankan kesemua penumpang kecuali dua orang.
Para penyiasat belum lagi menerbitkan laporan muktamad berhubung nahas udara paling maut pernah berlaku di Korea Selatan, tetapi maklumat mengenai dua enjin pesawat itu sudah mula diperolehi.
Menurut kemas kini pada 19 Julai yang disediakan oleh pasukan penyiasat dan dilihat oleh Reuters namun belum diterbitkan menyusuli aduan oleh anggota keluarga mangsa, enjin kiri pesawat itu mengalami kurang kerosakan berbanding enjin kanan selepas ia melanggar burung.
Namun, enjin kiri dimatikan selang 19 saat selepas pesawat itu melanggar burung.
Enjin kanan mengalami 'lonjakan' dan mengeluarkan api dan asap hitam, namun para penyiasat berkata pesawat itu "disahkan menghasilkan pengeluaran mencukupi bagi penerbangan itu," dalam kemas kini setebal lima muka surat, yang termasuk gambar kedua-dua enjin selepas berlaku nahas tersebut.
Tiada alasan diberikan untuk menjelaskan tindakan juruterbang tersebut dan siasatan itu dijangka dijalankan selama beberpa bulan kerana pasukan penyiasat perlu membangunkan semula keadaan teknikal pesawat itu dan gambar-gambar yang difahami oleh juruterbangnya.
Para pakar berkata kebanyakan nahas udara disebabkan oleh beberapa faktor dan memberi amaran supaya tidak memberi terlalu banyak perhatian kepada bukti yang belum lengkap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.