Siasatan Daim palitkan lebih ramai personaliti korporat, termasuk usahawan SG, Md Akbar
Anggaran Waktu Membaca:

Daim Zainuddin kelihatan sudah uzur semasa hadir di Mahkamah Kuala Lumpur pada 29 Jan 2024. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
KUALA LUMPUR: Apabila hartawan Daim Zainuddin akhirnya mematuhi arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meminta beliau mengisytiharkan aset-aset kewangannya pada bulan lalu, Encik Daim menyerahkan bukti pemilikan sebuah kumpulan kewangan antarabangsa dikenali sebagai ICB Group, yang ditubuhkan di Switzerland, serta beberapa akaun bank peribadinya.
Semua itu bagaimanapun tidak selaras dengan senarai SPRM yang semakin bertambah hingga ke saat ini.
Senarai itu merangkumi ekuiti saham dalam syarikat awam dan privet yang dipegang sebilangan proksi perniagaan yang dipantau SPRM sejak beberapa bulan lalu, ketika siasatan ke atas Encik Daim mula dijalankan.
Kini, para penyiasat SPRM membongkar satu empayar perniagaan berangkai, sebahagian besarnya dikendalikan proksi perniagaan yang mewakili kepentingan Encik Daim dalam berpuluh-puluh syarikat di Malaysia mahupun luar negara.
Dalam kalangan syarikat dikaitkan dengan Encik Daim termasuk Plenitude Bhd, Langkah Bahagia Bhd dan Kejora Harta Bhd.
"Setiap hari kami menemui perkara baharu dalam siasatan (Daim)," kongsi seorang pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam siasatan tersebut.
Siasatan ke atasnya mula dijalankan pada lewat Mei 2023, iaitu semasa SPRM memutuskan untuk membuka semula kes melibatkan urus niaga korporat bernilai RM2.3 bilion (S$650 juta) pada November 1997.
Kes itu membabitkan dua syarikat, Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM). Dua entiti itu merupakan perniagaan penting Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Para penyiasat SPRM juga sedang menumpukan perhatian kepada satu entiti korporat rentas sempadan yang melibatkan platform perdagangan yang sudah ditutup, dipanggil 'Central Limit Order Book' (CLOB), serta konglomerat besar dipanggil Multi-Purpose Holdings Bhd, yang pada masa itu dikuasai seorang usahawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua kes, yang kini di bawah penelitian SPRM, secara langsung melibatkan usahawan Singapura, Akbar Khan, sekutu Encik Daim yang kini dikenal pasti sebagai orang yang menjadi perhatian dalam siasatan lebih luas itu.
Singapura menubuhkan CLOB pada 1990 selepas Kuala Lumpur melarang dagangan saham syarikat-syarikat Malaysia dalam bursa Singapura.
Lapan tahun kemudian, platform perdagangan saham itu dikenal pasti sebagai satu kelemahan serius dalam langkah Malaysia mengawal modalnya bagi mencegah sebarang spekulasi asing melibatkan mata wang tempatan.
Pada September 1998, beberapa hari sebelum Encik Anwar dipecat daripada kerajaan, Malaysia mengenakan kawalan modal, menetapkan tukaran mata wang pada kadar tetap RM3.80 berbanding dolar Amerika, di samping melarang perdagangan saham-saham Malaysia di luar negara.
Langkah itu dengan berkesan membekukan saham di 112 syarikat Malaysia berjumlah berbilion dolar yang diperdagangkan dalam CLOB.
Encik Akbar tidak hanya meraih konsesi sangat menguntungkan daripada kementerian kewangan Malaysia, yang ketika itu diketuai Encik Daim, untuk mengendalikan hak menguruskan pemulangan ekuiti yang sudah dibekukan.
Ekuiti yang dibekukan itu dianggarkan bernilai AS$4 bilion (S$5.36 bilion).
Encik Akbar juga mendapat sokongan Encik Daim untuk mengambil alih konglomerat MPHB yang memegang saham dalam perbankan, hartanah, perjudian dan perkapalan.
Sumber-sumber kerajaan sedia maklum bahawa Encik Akbar, yang sekarang ini menguasai salah satu entiti hartanah terbesar negara, Bandar Raya Development Bhd (BRDB), ada dalam senarai individu yang akan disoal siasat SPRM dalam beberapa hari akan datang. Beliau antara lain akan diminta mengisytiharkan pegangan sahamnya dalam syarikat.
Encik Akbar tidak menjawab permohonan Mediacorp untuk mengulas perkara ini.

Sumber : CNA/AQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.