Siasatan berkaitan Ismail Sabri: SPRM sita wang tunai RM170 juta; jongkong emas RM7 juta
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut SPRM, rampasan itu dilakukan ketika sebuah kediaman dan tiga buah pejabat yang dipercayai dijadikan sebagai 'safehouse' digeledah oleh pihaknya.
Penggeledahan itu dilakukan hasil siasatan yang dijalankan ke atas empat pegawai kanan Encik Ismail yang ditahan pada bulan lalu, lapor Astro AWANI.
Menurutnya lagi, Ahli Parlimen Bera itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu untuk direkodkan keterangan.
"Namun SPRM tidak menolak kemungkinan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad (2 Mac).
SPRM menambah, sebelum itu pada 11 Disember lalu, Encik Ismail diarah untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta itu dilakukan beliau secara rasmi pada 10 Februari lalu.
Tambah SPRM lagi, pihaknya akan memanggil 10 individu lagi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Siasatan itu, menurut SPRM, tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika beliau menerajui negara.
SPRM sekali lagi menegaskan siasatan akan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
SPRM juga komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.