Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS siasat firma kereta Hyundai dan Kia atas kebakaran

Pihak berkuasa pengangkutan darat Amerika Syarikat telah memulakan dua siasatan berasingan terhadap syarikat-syarikat pengeluar kenderaan, Hyundai dan Kia.

Anggaran Waktu Membaca:
AS siasat firma kereta Hyundai dan Kia atas kebakaran

Gambar fail logo Hyundai di Amerika Syarikat. (Gambar: REUTERS/Rick Wilking)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 07:07PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 07:10PM

NEW YORK: Pihak berkuasa pengangkutan darat Amerika Syarikat telah memulakan dua siasatan berasingan terhadap syarikat-syarikat pengeluar kenderaan, Hyundai dan Kia.

Siasatan tersebut dilakukan setelah pihak berkuasa itu menerima lebih 3,100 aduan mengenai "kebakaran bukan kerana kemalangan" melibatkan kereta-kereta keluaran dua syarikat Korea Selatan tersebut.

Sejauh ini, kejadian-kejadian sedemikian telah dikaitkan dengan satu kematian dan lebih 100 kecederaan.

Siasatan yang dimulakan pada 29 Mac lalu itu mungkin menyebabkan hampir tiga juta kereta Kia dan Hyundai diarah dihantar semula ke bengkel-bengkel untuk dibaiki - 1.7 juta kereta Kia yang terjejas dari model Optima, Sorento dan Soul manakala hampir 1.3 juta kereta Hyundai pula adalah model Sonata serta Santa Fes.

Ini bukan kali pertama kenderaan-kenderaan Hyundai dan Kia mengalami kebakaran yang tidak dijangka.

Secara gabungan, sekitar enam juta kenderaan itu terjejas sejak 2015 dengan hanya kira-kira 2.4 juta daripadanya diarah dihantar semula untuk pembaikan. 

Sumber : AFP/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan