Siasat asal usul COVID-19 adalah kewajipan moral, kata ketua WHO
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
GENEVA: Menyiasat asal-usul COVID-19 adalah satu kewajipan moral dan semua hipotesis mesti diterokai, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Ia merupakan komen paling tegas Encik Ghebreyesus setakat ini bahawa badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu kekal komited untuk mencari bagaimana virus itu muncul.
Sebuah agensi Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan oleh Wall Street Journal menilai bahawa pandemik itu mungkin disebabkan satu kebocoran tidak disengajakan di sebuah makmal di China.
Laporan itu meningkatkan tekanan kepada WHO untuk memberikan jawapan.
Beijing menyangkal penilaian tersebut.
"Memahami asal usul #COVID19 dan meneroka semua hipotesis merupakan satu keperluan saintifik untuk membantu kami mencegah pandemik pada masa depan dan ia merupakan kewajipan moral, demi berjuta-juta orang yang kehilangan nyawa dan mereka yang hidup dengan #LongCOVID," kata Encik Ghebreyesus di Twitter pada Sabtu (11 Mac).
Beliau menulis catatan itu sebagai menandakan tiga tahun sejak WHO menggunakan perkataan "pandemik" untuk menggambarkan wabak global COVID-19.
Para aktivis, ahli politik dan akademik berkata dalam surat terbuka bahawa tumpuan ulang tahun itu sepatutnya untuk mencegah berulangnya pengagihan pelancaran vaksin COVID-19 yang tidak sama rata.
Menurut mereka, ia menyebabkan sekurang-kurangnya 1.3 juta kematian yang boleh dicegah.
Pada 2021, sebuah pasukan yang diketuai WHO berada di Wuhan, China selama beberapa minggu di mana kes pertama dikesan ke atas manusia.
WHO, dalam satu laporan bersama menyatakan bahawa virus itu mungkin berjangkit daripada kelawar kepada manusia, melalui haiwan lain tetapi kajian lanjut diperlukan.
China menyatakan tiada lagi lawatan diperlukan.
Sejak itu, WHO telah menubuhkan kumpulan penasihat kesihatan saintifik mengenai patogen berbahaya.
Bagaimanapun, ia masih belum mencapai sebarang kesimpulan tentang bagaimana pandemik itu bermula, dengan mengatakan bahawa beberapa data penting tidak ditemui.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.