Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siar azan Maghrib awal 4 minit; penyampai radio Tawau mohon maaf

Anggaran Waktu Membaca:
Siar azan Maghrib awal 4 minit; penyampai radio Tawau mohon maaf

Tangkap Layar catatan Facebook Mohd Safwan

TAWAU: Seorang penyampai stesen radio di Malaysia tampil memohon maaf berikutan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah Tawau.

Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya Mohd Safwan menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada pukul 6.16 petang dan pukul 6.20 petang.

safwan

"Saya, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu sudah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar pukul 6.16 petang dan yang kedua pukul 6.20 petang.

"Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 petang dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja berbuka puasa awal dari waktu," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.

Sementara itu Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika dihubungi Bernama berkata perkara itu perlu dirujuk Mufti Sabah, Bungsu Jaafar untuk maklumat dan tindakan lanjut, namun Bungsu sehingga berita ini ditulis masih tidak memberikan sebarang jawapan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan