Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siapakah Kumpulan Wagner? Apakah hubungan mereka dengan pemerintah Rusia

Anggaran Waktu Membaca:
Siapakah Kumpulan Wagner? Apakah hubungan mereka dengan pemerintah Rusia

Gambar: AFP/STRINGER

Diterbitkan : 25 Jun 2023 12:23AM Dikemas Kini : 25 Jun 2023 12:36AM
MOSKO: Kumpulan Wagner adalah pihak yang didakwa bertanggungjawab melakukan pembunuhan kejam terhadap orang awam. Siapakah Kumpulan Wagner dan apakah hubungan mereka dengan pemerintah Rusia?

Kumpulan Wagner adalah askar upahan dan bergerak secara bebas dari pengaruh mana-mana pemerintah atau politik.

Namun, hubungan antara mereka yang terlibat dalam kumpulan itu dengan individu-individu berpengaruh dalam pemerintah Rusia khususnya Presiden Vladimir Putin sendiri menunjukkan Kumpulan Wagner sebenarnya bertindak sebagai proksi Kremlin apabila ada operasi tertentu perlu dijalankan.

Ketua Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin menjadi antara individu paling berpengaruh di Rusia.

Siapakah Prigozhin sebenarnya? Benarkah dia sangat akrab dengan Presiden Rusia Vladimir Putin?

Dilahirkan di Leninggrad, sekarang St Petersburg pada tahun 1961, Progozhin pernah terjebak dengan kumpulan samseng.

Dia juga pernah berniaga dengan menjual hotdog sebelum menjadi pengusaha restoran yang berjaya pada era 1990-an.

Dalam satu siri mesej pada lewat Jumaat (23 Jun) sehingga Sabtu, Prigozhin mendakwa pasukannya telah memasuki bandar selatan Rusia, Rostov-on-Don dan menawan tapak ketenteraan di situ. Langkah tersebut bagaimanapun disifatkan Presiden Putin sebagai pemberontakan bersenjata dan satu pengkhianatan.
Berikut adalah sekilas peranan Wagner dalam perang Rusia-Ukraine serta hubungan pemimpin berusia 62 tahun itu dengan Presiden Putin:

APA ITU KUMPULAN WAGNER?

Kumpulan Wagner pertama kali dilihat beraksi di timur Ukraine sejurus selepas satu konflik pemisah tercetus di sana pada April 2014, beberapa minggu selepas Semenanjung Crimea, dikeluarkan daripada Ukraine oleh Rusia.

AS menganggarkan kumpulan tersebut mempunyai sekitar 50,000 pegawai di Ukraine, terdiri daripada 10,000 askar kontrak dan 40,000 banduan.

Seorang pegawai AS mendedahkan bahawa hampir separuh daripada 20,000 tentera Rusia yang terbunuh di Ukraine sejak Disember lalu, adalah daripada tentera Wagner di Bakhmut.
Gambar: AFP/STRINGER
Gambar: AFP/Alexander NEMENOV


APAKAH PERANAN WAGNER DI UKRAINE?

Kumpulan Wagner memainkan peranan yang kian penting dalam perang Rusia di Ukraine setelah tentera Mosko mengalami kekalahan teruk.

Dalam satu temu bual pada Mei, Prigozhin berkata dia telah merekrut 50,000 banduan, dengan kira-kira 10,000 daripadanya kemudian terbunuh di Bakhmut.

AS menganggarkan bahawa Wagner membelanjakan kira-kira AS$100 juta (S$135 juta) sebulan dalam perang tersebut.


BAGAIMANA PERSENGKETAAN WAGNER DENGAN KEPIMPINAN RUSIA TERCETUS?

Prigozhin menyuarakan kemarahannya terhadap pegawai tinggi ketenteraan Rusia, selepas ramai anggota pasukannya terkorban dalam pertempuran di Rusia.

Dia sebelum ini mendakwa tentera sepenuh masa Rusia tidak mempunyai keupayaan dan tidak membekalkan cukup senjata kepada pasukannya untuk berperang.

Dia juga memuat naik beberapa video serta rakaman audio bagi menunjukkan kemarahannya, di mana dia menuduh Menteri Pertahanan Sergei Shoigu mengarahkan serangan roket pada Jumaat di lapangan kem Wagner di Ukraine, di mana pasukannya sedang bertempur bagi pihak Rusia.

Namun Kremlin menyangkal dakwaan tersebut.

BAGAIMANA INI AKAN JEJAS PERANG RUSIA?

Pemberontakan tersebut sekali gus mencetuskan cabaran paling serius terhadap pentadbiran Putin dan merupakan kemelut keselamatan paling serius bagi Rusia sejak beliau diberi mandat sebagai Presiden pada hujung 1999.

Perkembangan itu juga mampu mengalihkan tumpuan serta sumber daripada tapak pertempuran di Ukraine, ketika Kyiv giat melancarkan serangan balas bagi menawan semula sempadannya.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan