Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siapa Pavel Durov, CEO aplikasi sembang Telegram?

Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Pavel Durov, seorang jutawan, serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi sembang Telegram, diberkas di Lapangan Terbang Bourget, di luar bandar Paris, pada petang Sabtu (24 Ogos), lapor TF1 TV dan BFM TV.
TF1 dan BFM menyatakan siasatan tersebut ditumpukan kepada kekurangan moderator di Telegram, dan polis menganggap bahawa keadaan itu membenarkan aktiviti jenayah dijalankan tanpa pengawasan di aplikasi sembang itu.

Kementerian Dalam Negeri dan polis Perancis tidak memberi sebarang komen.

Manakala Rusia, yang sebelum ini pernah cuba mengharamkan Telegram, sedang mengambil langkah untuk "menjelaskan" keadaan Encik Durov:

APA YANG DIKETAHUI TENTANG DUROV DAN TELEGRAM

Encik Durov, 39 tahun, dilahrikan di Rusia, adalah pengasas dan pemilik aplikasi sembang Telegram, sebuah platform percuma yang bertanding dengan platform media sosial lain seperti Whatsapp dimilik Facebook, atau Instagram, TikTok dan Wechat. Platform tersebut menyasar untuk menjangkaui satu bilion pengguna aktif bulana dalam tempoh setahun.

Telegram berpengaruh di Rusia, Ukraine dan republik bekas Soviet Union. Ia menjadi sumber maklumat penting tentang perang Rusia di Ukraine, yang digunakan oleh kedua-dua pegawai Mosko dan Kyiv. Segelintir penganalisis menyifatkan aplikasi itu sebagai "medan perang virtual" bagi peperangan tersebut.

Encik Durov, yang mempunyai kekayaan dianggarkan Forbes sebanyak AS$15.5 bilion (S$20 bilion), meninggalkan Rusia pada 2014. Ini selepas beliau enggan mematuhi tuntutan pemerintah untuk menutup platform media sosial VKontakte masyarakat pembangkang, yang sudah dijual.

Beliau menjadi warga Perancis pada Ogos 2021. Kemudian, Encik Durov berpindah ke Dubai pada 2017, bersama Telegram. Menurut laporan Perancis, beliau juga mendapat kerakyatan Amiriah Arab Bersatu (UAE) serta warga St.Kitts and Nevis, sebuah negara di dua buah pulau di Caribbean, menurut laporan media.

Rusia mula menyekat Telegram pada 2018 selepas aplikasi itu enggan mematuhi arahan mahkamah, untuk memberikan khidmat keselamatan negara akses kepada mesej sulit pengguna.

Meskipun tindakan tersebut memberikan kesan kecil kepada aplikasi itu di Rusia, ia mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Mosko dan menerima kritikan daripada badan bukan pemerintah (NGO).

Meskipun demikian, populariti Telegram mencetuskan pemerhatian dari beberapa negara Eropah, termasuk Perancis, berhubung isu keselamatan dan pelanggaran data.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan