Shuib, Watie nikah 23 Jun; syukur dapat tajaan RM1.7 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/shuibsepahtu
KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Shuib mengumumkan tiada majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifiah yang bakal berlangsung pada 23 Jun ini.
Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatul urus Shuib dan Watie berkata, pada hari sama, akan berlangsung tiga majlis lain.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya, lapor Astro Gempak.

Dalam masa yang sama Shuib juga menyatakan rasa syukur apabila majlis pada hari itu turut mendapat tajaan mencecah lebih RM1 juta (S$292,600).
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya, dipetik daripada Astro Gempak.
Majlis itu akan berlangsung di Putra Glass House, Putra Height dan akan terhad kepada 600 tetamu.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaru yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatul urus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, pukul 9.00 malam di Astro Ria.
Sebelum ini, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.