Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Shisha diharamkan di tempat awam seluruh Istanbul

Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Pihak berkuasa Istanbul pada Rabu (5 Jul) menguatkuasakan larangan menghisap shisha di tempat-tempat awam sehingga diberitahu kelak.

Gabenor Istanbul dalam kenyataan bertulisnya memaklumkan bahawa larangan itu dikeluarkan untuk mengurangkan risiko kebakaran hutan dan potensi bahaya lain.

"Larangan menghisap shisha akan dikuatkuasakan di pelbagai lokasi, termasuk pantai, hutan, kawasan rekreasi dan taman di seluruh Istanbul."

“Bagaimanapun, ruang shisha berlesen yang beroperasi di luar kawasan yang ditetapkan tidak terjejas hasil larangan ini,” kata Gabenor Davut Gul dalam catatan di Twitternya, lapor Xinhua.

Menghisap hookah sangat popular terutama dalam kalangan anak muda dan warga asing di Istanbul.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan