Skip to main content

Dunia

Shinzo Abe menang pilihan raya Dewan Negara

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan kemenangan parti gabungan pimpinannya dalam pilihan raya Dewan Negara, namun ia gagal memperolehi "majoriti besar", bagi menyokong hasratnya untuk meminda Perlembagaan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Shinzo Abe menang pilihan raya Dewan Negara

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. (Gambar: Kazuhiro NOGI/AFP)

Diterbitkan : 22 Jul 2019 09:51AM Dikemas Kini : 22 Jul 2019 09:54AM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan kemenangan parti gabungan pimpinannya dalam pilihan raya Dewan Negara, namun ia gagal memperolehi "majoriti besar", bagi menyokong hasratnya untuk meminda Perlembagaan negara itu.

Keputusan tersebut membolehkan Encik Abe, 64, tahun yang bakal menjadi Perdana Menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, melaksanakan mandatnya menjelang pelaksanaan peningkatan cukai pengguna tahun depan, selain rundingan perdagangan dengan Washington.

"Parti pemerintah sudah memperoleh majoriti dan orang ramai memutuskan supaya kami terus melaksanakan pelbagai dasar dalam suasana politik yang stabil," menurut Encik Abe kepada stesen penyiaran NHK.

“Saya benar-benar mahu memenuhi harapan mereka,” katanya di ibu pejabat Parti Liberal Demokratik.

Parti LDP yang diterajui Encik Abe dan rakan gabungannya, Komeito diramal menguasai sekurang-kurangnya 69 kerusi daripada 124 kerusi yang dipertandingkan, dalam pilihan raya semalam. Menurut NHK, jumlah itu adalah lebih dari separuh jumlah kerusi yang dipertandingkan dan enam kerusi masih belum ditentukan.

Kedua-dua parti itu menguasai 70 kerusi daripada 245 kerusi yang tidak dipertandingkan, sekali gus membolehkan mereka memperolehi majoriti yang diperlukan dalam dewan itu.

Ramalan oleh NHK dan anggaran yang dibuat media lain, adalah berdasarkan jumlah undi yang keluar dan analisis lain.

Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan diketahui paling awal, pada Isnin.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita