Shenzhen perketat sekatan COVID-19 sedang jumlah kes meningkat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Jade Gao/AFP
SHENZHEN: Hab teknologi di Selatan China Shenzhen mengetatkan sekatan COVID-19 sedang jumlah kes terus meningkat hari ini (1 Sep). Acara-acara besar dan hiburan di tempat tertutup digantung selama tiga hari di Baoan, iaitu daerah paling ramai penduduk.
Sekurang-kurangnya separuh daripada sepuluh daerah di Shenzhen, yang menempatkan lebih 13 juta penduduk di bandar itu diarah supaya menutup premis-premis hiburan dan menghentikan atau mengurangkan kegiatan makan di restoran.
Pihak berkuasa bagi pendidikan pula menangguhkan permulaan semester baru sekolah, yang dijadual bermula hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (31 Ogos), para pegawai menggesa penduduk supaya tidak meninggalkan bandar itu melainkan bagi urusan penting.
Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana pegawai akan mengawal keadaan itu. Namun ia menuntut pemerintah, pihak berkuasa parti Komunis dan firma milik pemerintah agar memastikan pekerja mereka tidak melakukan perjalanan tidak penting ke luar bandar.
Penduduk yang harus keluar perlu menunjukkan bukti dua ujian negatif dalam tempoh 48 jam, menurut kenyataan itu.
Pihak berkuasa mengesan satu kelompok kes berkait sebuah dewan tarian di daerah perniagaan pusat bandar Futian, dan menggesa pengunjung yang baru melawat tempat tersebut supaya melaporkan diri mereka kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Pasaran elektronik yang terbesar di dunia di Huaqiangbei kekal ditutup selepas pihak berkuasa menutupnya pada Isnin (29 Ogos).
Shenzhen melaporkan 62 kes baru jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat pada 31 Ogos, naik daripada 37 kes sehari sebelumnya.

Sumber : Reuters/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.