Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sheikh Mohammed dilantik PM baru Qatar

Anggaran Waktu Membaca:
DOHA: Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Selasa (7 Mac) melantik Menteri Luar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani sebagai Perdana Menteri baru negara itu.

Agensi Anodolu melaporkan, Sheikh Mohammed, 44 tahun, menggantikan Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani yang berusia 55 tahun.

Pejabat Amir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sheikh Mohammed dilantik selaku Perdana Menteri selepas Amir menerima peletakan jawatan Sheikh Khalid.

Pejabat tersebut turut mengumumkan pelantikan Sheikh Khalifa bin Hamad bin Khalifa Al Thani sebagai Menteri Dalam Negeri.

Menteri Kewangan Ali bin Ahmed al-Kuwari dan Menteri Tenaga Saad al-Kaabi juga dilantik semula dalam rombakan kabinet tersebut, yang diadakan pertama kali sejak Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia bola sepak 2022.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan