Skip to main content

Dunia

Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa dilantik pimpin doa, sampaikan khutbah Hari Arafah

Kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah yang jatuh pada Jumaat, 8 Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa dilantik pimpin doa, sampaikan khutbah Hari Arafah

Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2022 06:24PM
MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah yang jatuh pada Jumaat, 8 Julai ini.

Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi menerusi portalnya memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi, di bawah kepimpinan Penjaga Dua Kota Suci Raja Salman Abdulaziz sudahpun mengeluarkan persetujuan tersebut pada Selasa (5 Jul).

Sheikh Dr Al-Issa diiktiraf secara meluas sebagai ulama kontemporari yang komited membawa kesedaran global mengenai imej Islam sebenar, selain mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan, bertolak ansur dan keharmonian antara agama.

Dalam akademik, Dr Al-Issa - yang merupakan pakar dalam bidang Syariah Islam serta perundangan dan kehakiman - sering dijemput untuk memberi syarahan di institusi akademik dan badan intelektual antarabangsa di beberapa negara seluruh dunia.

Terkini di Malaysia, beliau turut hadir dalam Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya, pada minggu lalu selain mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Khutbah Arafah yang bakal dibacakan dalam Bahasa Arab akan bersiaran secara langsung dari Arab Saudi pada Jumaat, dengan terjemahan 14 bahasa lain termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Mereka yang ingin mengikutinya boleh berbuat demikian di pautan ini.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita