Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Shanghai semakin tepati sasaran mansuh sekatan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Shanghai semakin tepati sasaran mansuh sekatan COVID-19

(Gambar: AFP/Hector Retamal)

SHANGHAI: Shanghai semakin menepati sasaran untuk membuka semula sempadannya secara beransur-ansur setelah dua bulan dikenakan perintah berkurung COVID-19.

Ibu kota Beijing bagaimanapun akan terus mengekalkan sekatan pergerakan sekalipun jumlah kes jangkitan semakin berkurangan.

Sasaran Shanghai adalah untuk menamatkan perintah berkurung pada Rabu (1 Jun).

Lebih ramai penduduk sudah dibenarkan keluar rumah dan semakin banyak perusahaan dibenarkan membuka semula perniagaan masing-masing pada minggu lalu.

Sungguhpun demikian, sebahagian besar penduduk masih terkurung di rumah masing-masing dan kebanyakan kedai terhad untuk membuat penghantaran, lapor Reuters.

Para pegawai Shanghai menggesa para penduduk supaya terus berwaspada pada Sabtu (28 Mei), walaupun sebahagian besar daripada 25 juta penduduk tinggal di kawasan yang terletak dalam kategori "pencegahan" yang berisiko paling rendah.
Sumber : Reuters/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan