Shanghai perketat sekatan pergerakan demi capai matlamat sifar COVID-19 jelang akhir Mei
(Gambar: AFP)
SHANGHAI: Shanghai mengetatkan lagi sekatan pergerakan COVID-19 dalam usaha baru membasmi jangkitan di luar kawasan kuarantin di bandar terbesar China itu menjelang akhir bulan ini, menurut sumber yang rapat dengan perkara tersebut.
Sekatan berbeza-beza mungkin dilaksanakan di 16 daerah bandar ini kerana beberapa bandar sudahpun mencapai matlamat tersebut. Namun, sekatan pergerakan kekal dikuat kuasakan sehingga hujung bulan Mei kerana bimbang penyakit itu akan muncul semula walaupun jumlah kes koronavirus semakin merosot di negara itu.
Menurut catatan di media sosial dan perkongsian penduduk di beberapa daerah, pemerintah sedang mempercepatkan usaha untuk memindahkan kontak rapat kes positif ke kemudahan kuarantin pusat.
Ramai penduduk berkata bahawa mereka dikehendaki berpindah ke pusat berkenaan meski diuji negatif selepas beberapa kes positif dikesan dalam bangunan mereka.
LAPORAN BERKAITAN:
Penduduk lain dimaklumkan pada Sabtu (7 Mei) mereka tidak boleh meninggalkan rumah atau estet perumahan mereka Bahkan, mereka juga tidak dibenarkan menerima penghantaran selama seminggu sebagai usaha untuk mencapai matlamat "sifar kes dalam masyarakat".
Shanghai melaporkan beribu-ribu kes dalam sehari dan bergelut untuk menyekat penularan dalam masyarakat.
Pihak berkuasa pada mulanya menyasarkan untuk mencapai matlamat itu pada 20 Apr, lapor Reuters bulan lalu, tetapi hanya berjaya melakukannya di dua daerah.
Shanghai pernah mencapai sifar COVID-19 di seluruh bandar di luar kawasan kuarantin sebanyak dua kali iaitu pada 30 April dan 1 Mei.
Namun, sejak itu kes harian di Shanghai melonjak kepada dua angka.
Pada Sabtu, Shanghai melaporkan 11 kes di luar kawasan kuarantin di lima daerah.
Pegawai bandar berkata daerah yang tiada kes di luar kawasan kuarantin selama tiga hari berturut-turut dianggap telah mencapai matlamat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.