Shanghai lancar satu lagi ujian saringan COVID-19; kes di Beijing terus melonjak
Para penduduk beratur untuk menjalani ujian COVID-19 di sebuah pekarangan semasa perintah berkurung di daerah Pudong, Shanghai, pada 17 April 2022. (Gambar: Liu Jin/AFP)
SHANGHAI: Hab komersil China, Shanghai, melancarkan saringan ujian COVID-19 secara besar-besaran ke atas hampir kesemua 25 juta penduduknya pada Sabtu (11 Jun).
Pihak berkuasa sedang bergelut untuk membendung penularan terkini yang dikaitkan dengan sebuah salon kecantikan yang popular di Shanghai.
Beijing pula melaporkan peningkatan pada jumlah kes jangkitan COVID-19.
Pihak berkuasa sudah mengarahkan semua penduduk di 15 daripada 16 daerah di Shanghai supaya menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) pada hujung minggu ini, dengan
lima daerah melarang para penduduk keluar rumah sepanjang tempoh ujian tersebut dijalankan.
Ujian terkini itu dijalankan sepuluh hari selepas bandar tersebut menarik balik perintah berkurung selama dua bulan yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat tempatan.
BACA:
Pada Sabtu (11 Jun), Shanghai melaporkan tujuh kes baru yang bergejala, dengan enam daripada kes-kes tersebut dikesan di luar kawasan kuarantin.
Bandar tersebut juga melaporkan sembilan kes baru tanpa gejala berbanding enam kes pada hari sebelumnya.
Beijing melaporkan 36 kes tempatan baru bergejala, jumlah tersebut meningkat daripada tujuh kes pada hari sebelumnya. 25 kes tempatan baru tanpa gejala juga dilaporkan, jumlah tersebut meningkat daripada satu kes pada hari sebelumnya.
Kes-kes jangkitan itu dikaitkan dengan Heaven Supermarket Bar.
Setakat ini, 69 kes jangkitan dikaitkan dengan bar tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.