Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Shanghai gesa penduduk jangan keluar rumah semasa Krismas sedang kes COVID-19 melonjak

Anggaran Waktu Membaca:
Shanghai gesa penduduk jangan keluar rumah semasa Krismas sedang kes COVID-19 melonjak

(Gambar: Hector Retamal/AFP)

SHANGHAI: Pihak berkuasa Shanghai menggesa para penduduk supaya duduk di rumah sepanjang hujung minggu Krismas, sedang COVID-19 merebak dengan pantas di seluruh negara selepas sekatan-sekatan ketat dilonggarkan.

Cawangan Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Shanghai pada Sabtu (24 Dis) menggesa orang muda khususnya supaya mengelakkan perhimpunan besar-besaran kerana koronavirus boleh menular dengan mudah dalam keadaan suhu rendah.

Krismas lazimnya tidak disambut di China, namun ia menjadi kebiasaan pasangan muda dan sesetengah keluarga untuk meluangkan masa bersama semasa cuti umum itu, lapor Reuters. 

Varian Omicron sedang merebak dengan pantas sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas pihak berkuasa menarik balik dasar sifar-COVID-19, memansuhkan syarat-syarat ujian yang ketat dan melonggarkan sekatan-sekatan perjalanan, sedang China menjadi negara besar yang terakhir untuk mula hidup bersama virus tersebut. 

Walaupun ramai mengalu-alukan pelonggaran langkah-langkah tersebut, sebahagian besar keluarga dan sistem kesihatan belum bersedia menghadapi lonjakan kes jangkitan. Hospital-hospital bergelut menyediakan katil dan bekalan darah, farmasi pula kekurangan bekalan ubat dan pihak berkuasa mengejar masa untuk membina klinik-klinik. 

Shanghai biasanya menganjurkan pasar bertemakan Krismas di kawasan beli-belah mewah di Nanjing West Road dan restoran-restoran serta peruncit-peruncit akan menawarkan potongan harga untuk merancakkan perniagaan masing-masing. 

Namun, penularan Omicron menjejas sambutan Krismas kali ini. 

Banyak restoran di Shanghai membatalkan pesta Krismas yang biasanya diadakan untuk pelanggan, manakala hotel-hotel pula menghadkan tempahan disebabkan oleh kekurangan pekerja, kata Jacqueline Mocatta yang bekerja dalam industri pelayanan. 

Sesetengah orang mengadu di media sosial bahawa mereka akan duduk di rumah memandangkan ramai rakan mereka diuji positif COVID-19. 

"Pada awalnya, saya merancang untuk pergi ke Shanghai sempena Krismas, tetapi sekarang saya hanya akan tidur di rumah," kata seorang warga net di Weibo, iaitu rangkaian media sosial seakan-akan Twitter di China. 

Kes jangkitan di China mungkin berada pada paras lebih sejuta sehari, dengan kematian melebihi 5,000 sehari, "amat berbeza" berbanding data rasmi, menurut syarikat data kesihatan berpangkalan di Britain, Airfinity, minggu ini. 

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China pada Sabtu melaporkan 4,128 kes COVID-19 tidak bergejala dan tiada kematian dicatatkan selama empat hari berturut-turut. 

Namun, Bloomberg News pada Jumaat (23 Dis) melaporkan bahawa hampir 37 juta penduduk mungkin dijangkiti COVID-19 pada satu hari minggu ini, memetik anggaran penguasa kesihatan pemerintah. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan