Shamsul Iskandar dilantik setiausaha politik kanan PM Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata majlis angkat sumpah simpan rahsia akan berlangsung di Putrajaya pada Jumaat (23 Dis).
Menerusi perkongsian di Facebook, Encik Anwar hadir bersama Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.
“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Encik Anwar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu, Encik Shamsul Iskandar yang juga bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya bertanding di Bagan Datuk, namun tewas kepada penyandang Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Encik Chan menjadi Ahli Parlimen Alor Setar dari 2018 hingga 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.