Skip to main content

Dunia

Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda

Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini (14 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda

(Gambar: Urban Lites/ Facebook)

Diterbitkan : 14 May 2018 08:45PM Dikemas Kini : 14 May 2018 08:49PM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini (14 Mei).

Surat peletakan jawatan beliau dihantar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya dalam kenyataan hari ini (14 Mei).

"Memandangkan saya dilantik sebagai pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu,” katanya. 

Pengganti beliau tidak dinamakan.

Tan Sri Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 6 Jan 2017 untuk menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad yang digugurkan ekoran isu penyelewengan tanah milik Felda di Jalan Semarak. 

Beliau dibawa masuk ke Felda oleh mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira 16 bulan lalu dengan tugas untuk memperbaharui agensi bermasalah itu.

Namun pada Pilihan Raya Umum ke-14 minggu lalu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu ditumbangkan oleh pendatang baru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari PKR yang menang dengan hampir 20,000 majoriti.

Sumber : Bernama/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita