Skip to main content

Dunia

Shah Rukh Khan tunai umrah buat kali pertama

Anggaran Waktu Membaca:
Shah Rukh Khan tunai umrah buat kali pertama

(Gambar: @saudrehman27/Twitter)

MAKKAH: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali sejak Khamis (1 Dis). 

Demikian menurut laporan Kosmo! Online. 

Gambar serta video aktor berusia 57 tahun itu berada di Makkah lengkap memakai ihram dan diiringi beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadi tersebar di media sosial.

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat Shah Rukh Khan turut memakai pelitup, namun ramai jemaah lain yang berada di situ tetap mengenalinya.

Pelakon tersebut terus mengerjakan umrah selepas menyempurnakan filem Dunki yang menjalani penggambaran di Arab Saudi, menurut Hindustan Times. 

Dunki merupakan kerjasama pertamanya dengan pengarah, Rajkumar Hirani, yang berkisar cubaan memasuki negara lain secara haram.

Sementara itu, berdasarkan perancangan, setelah selesai ibadah itu, ayah kepada tiga anak berkenaan akan menyertai pula Pesta Filem Laut Merah di Jeddah.

Menyelak sejarah hidupnya, bintang Kuch Kuch Hota Hai merupakan seorang lelaki Muslim dan mendirikan rumah tangga dengan wanita beragama Hindu, Gauri Khan. 

Perkahwinan yang didirikan pada tahun 1991 itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan Abram Khan.

Terdahulu menerusi satu wawancara beliau meluahkan keinginan mahu menunaikan ibadah haji bersama-sama anak-anaknya.

“Pergi haji pasti ada dalam agenda saya. Saya ingin ke sana bersama anak lelaki saya, Aryan dan puteri saya, Suhana,” kongsinya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita