Shafie Shamsuddin letak jawatan CEO AEON berkuat kuasa 30 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menggantikan Shafie Shamsuddin yang meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2022 selepas berkhidmat selama tiga tahun dengan AEON.
Syarikat khidmat pengurusan runcit dan hartanah itu turut mendedahkan bahawa Ono adalah seorang eksekutif dengan pengalaman selama 27 tahun dalam pelbagai tugasan kumpulan AEON di seluruh dunia.
"Sebelum ini, Ono telah berkhidmat sebagai Presiden dan Wakil Pengarah AEON Kemboja dan menyertai AEON Co (M) Bhd daripada jawatannya sebagai Presiden dan Wakil Pengarah AEON Ryukyu Co Ltd di Jepun," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat (10 Jun).
Sementara itu, AEON menyatakan bahawa pihaknya menerima dan menghormati keputusan Encik Shafie untuk meneruskan cabaran baru selepas berjaya mengemudi syarikat itu melalui waktu mencabar semasa pandemik COVID-19 dan merangka 'AEON Strategy Playbook' (Buku Panduan Strategi AEON).
"Shafie telah memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi AEON. Kepimpinannya yang berwawasan dan berinspirasi telah mencipta AEON yang lebih berdaya tahan dan tangkas untuk menghadapi cabaran masa depan," kata Pengerusi AEON, Encik Iskandar Sarudin.

Sumber : Bernama/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.