SG tubuhkan kedutaan pertama di Timor-Leste di ibu kota Dili
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: Singapura akan membuka kedutaannya yang pertama di Timor-Leste di ibu kota Dili.
Bercakap dalam satu sidang media bersama dengan rakan sejawatannya Bendito dos Santos Freitas,Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menyifatkannya sebagai satu detik penting dalam hubungan dua hala.
"Sedang (Timor-Leste) terus maju sebagai sebuah negara dan terutama sekali apabila ia menyertai ASEAN, kami yakin bahawa ini adalah masanya untuk menubuhkan sebuah kedutaan untuk menjadi tumpuan serta bagi kerjasama kita, sokongan kita dan untuk sama-sama meneroka peluang buat masa depan," kata Dr Balakrishnan.
Timor-Leste, kata Dr Balakrishnan, adalah rakan lama Singapura dengan negara ini menjadi antara yang pertama menyumbang kepada operasi pengamanan pada 1999.
Beliau turut berkata hubungan dua hala terus diperkukuh malah diperluaskan untuk meliputi bidang ekonomi.
"Singapura juga adalah pelabur asing utama di Timor-Leste. Ia dianggap sebagai undi percaya terhadap negara anda, dengan syarikat-syarikat membuat pelaburan dalam bidang-bidang termasuk pelayanan dan hartanah. Ini mencerminkan potensi sebenar Timor-Leste dari segi ekonomi, dan khususnya dengan ramai anak muda yang bersemangat, dinamik, bertenaga dan bersedia untuk mencapai sesuatu."
Dr Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Jose-Ramos Horta di Istana Presiden sebelum bertemu dengan Perdana Menteri Xanana Gusmão.
Beliau juga akan bertemu rakyat Singapura yang berada di Timor-Leste.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.