Skip to main content

Dunia

SG setuju buka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching

Anggaran Waktu Membaca:
SIBU: Singapura bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching, bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan, kata Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata persetujuan dicapai semasa Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura pada Isnin (30 Okt).

Menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Selasa (31 Okt), Encik Abang Johari berkata pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.

“Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” katanya.

Sebelum itu, Encik Abang Johari mengadakan mesyuarat dua hala bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull, sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Pusat Konvensyen Bali Nusa Dua, Indonesia pada Selasa.

Beliau berkata, usaha tersebut akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura, dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.

Pada Isnin, Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

Encik Abang Johari yang turut menyertai delegasi berkenaan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita