Skip to main content

Dunia

SG saksikan 'supermoon' pertama 2024 meski cuaca mendung pada 19 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
SG saksikan 'supermoon' pertama 2024 meski cuaca mendung pada 19 Ogos

(Gambar: CNA/Wallace Woon)

Diterbitkan : 20 Aug 2024 09:17AM
SINGAPURA: Fenomena 'Supermoon' pertama tahun ini - juga digelar Sturgeon Moon - berlaku pada Isnin (19 Ogos) walaupun cuaca mendung menyelubungi beberapa bahagian di Singapura.

Ia mula dilihat kira-kira pukul 7.00 malam dan mencapai paras tertinggi pada awal pagi Selasa pada pukul 1.00 pagi, menurut Balai Cerapan Pusat Sains Singapura (SCOB).

Gambar yang dikongsi dengan Mediacorp menunjukkan pemandangan jelas dari Upper Bukit Timah, Toa Payoh, Bedok dan Ang Mo Kio.

Fenomena itu sepatutnya mudah dilihat di mana-mana kawasan di Singapura selagi langit cerah, menurut SCOB.

Orang ramai dinasihatkan menuju ke kawasan-kawasan awam seperti Bendungan Marina, Taman East Coast dan Southern Ridges untuk menyaksikan supermoon.

Bulan purnama pada Ogos dinamakan sempena ikan 'sturgeon' seiring dengan kepercayaan bahawa ikan itu lebih mudah ditangkap semasa tempoh tersebut.

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan bulan mengambang ketiga dalam musim astronomi apabila terdapat empat bulan purnama dan bukan tiga bulan biasa, menurut balai cerapan itu.

Bulan Biru bermusim kali terakhir dilihat pada Ogos 2021, dan bulan biru seterusnya tidak akan berlaku sehingga Mei 2027.

Orang ramai turut menggunakan media sosial dan kumpulan Facebook seperti CloudSpotting & SkySpotting Singapore untuk berkongsi pemandangan mereka.

AUSTRALIA, SEOUL, LONDON

Pemerhati langit di Australia mendapat ganjaran istimewa dengan pemandangan supermoon di atas Sydney Opera House sebaik sahaja ia menembusi awan.
Related article image
(Gambar: AFP/WILLIAM WEST)
Ia juga kelihatan di Seoul, dengan gambar-gambar yang merakamnya di sebelah Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat di bandar tersebut.

Supermoon seterusnya yang boleh dilihat di Singapura ialah pada 18 Sep, menurut SCOB.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita