Skip to main content

Dunia

SG, Oman perdalam hubungan dua hala, galak kerjasama belia dan kebudayaan

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Oman perdalam hubungan dua hala, galak kerjasama belia dan kebudayaan

Sultan Oman, Haitham Tarik (kiri) dan Presiden Tharman Shanmugaratnam (kanan). (Gambar: Tharman Shanmugaratnam/Facebook)

Diterbitkan : 15 Dec 2023 07:49AM Dikemas Kini : 15 Dec 2023 07:50AM
SINGAPURA: Singapura dan Oman bersetuju untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan tenaga yang boleh diperbaharui.

Lebih banyak syarikat Singapura dijangka merebut peluang-peluang perniagaan di Oman.

Singapura pula mengalu-alukan Oman untuk menggunakan negara ini sebagai tempat untuk mula meneroka Asia Tenggara.

Pada Khamis (14 Dis), kedua-dua negara juga telah menandatangani satu perjanjian untuk menggalakkan kerjasama belia dan kebudayaan.

Sultan Oman, Haitham Tarik sedang melakukan Lawatan Negara yang pertama ke Singapura.

Beliau diberi sambutan beristiadat di Istana pada pagi semalam manakala Presiden Tharman Shanmugaratnam mengadakan majlis Jamuan Negara untuk Sultan Oman itu pada sebelah malam.

Presiden Tharman berkata Lawatan Negara Sultan Haitham merupakan peristiwa penting dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala.

Singapura, tambahnya, mahu mengadakan lebih banyak kerjasama dengan negara Teluk itu.

Menurut Presiden Tharman, kedua-dua negara berkongsi banyak persamaan meskipun terpisah oleh Lautan Hindi yang luas.

Sultan Haitham pula berkata sebatang jalan akan diberi nama Singapore Street di Bandar Sultan Haitham yang sedang dibangunkan negaranya.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita