SG, negara Asia Timur penyumbang bilangan pelancong ke Ipoh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Tourism Perak Malaysia)
IPOH: Singapura dan negara Asia Timur merupakan antara yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada bilangan pelancong ke bandar raya Ipoh, khususnya sempena Tahun Melawat Ipoh (TMI) 2023.
Bandar raya yang terkenal dengan bangunan warisan serta taman geologi itu juga sedang berusaha untuk menarik sebilangan pelancong dari China dan Eropah Barat.
Keyakinan itu disuarakan Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin yang menyifatkan TMI, yang hampir memasuki enam bulan pelaksanaannya, sebagai memberangsangkan, lapor Astro Awani.
"Sambutan TMI setakat ini baik. Banyak program yang telah dan akan kita laksanakan sepanjang tahun ini termasuk program kesenian antarabangsa pada awal Jun nanti."
"Setakat ini, dua negara menerusi dua bandar raya iaitu Medan, Indonesia, dan Nanning, China, setuju untuk sertainya. Termasuk penglibatan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak."
"Setakat ini, selain pengunjung tempatan boleh dikatakan ramai pelancong dari Singapura, kawasan Asia Timur seperti Taiwan, Hong Kong dan sekarang kita sasarkan untuk tembusi pasaran China."
"Setelah itu baru kita lihat potensi bagi Eropah Barat terutama dari United Kingdom, Perancis dan Switzerland untuk rakyatnya datang ke sini (Ipoh)," katanya seperti dipetik Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan TMI 2023 setakat ini dan aliran kemasukan pengunjung ke Ipoh.
Ia juga akan menjadi kesinambungan kepada Tahun Melawat Perak (TMP) tahun depan.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat penambahbaikan dari sudut kemudahan pengangkutan khususnya Keretapi Tanah Melayu (KTM), Encik Rumaizi berkata perkara itu sudah dibincangkan.
"Saya sudah berjumpa dengan wakil pihak KTM dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC), mereka jelaskan mulai Jun ini akan melantik pasukan pembersihan di stesen kereta api."
"Difahamkan juga pada Julai, akan ada sambungan perjalanan kereta api dari utara iaitu Padang Besar terus ke Ipoh," katanya lagi.
Menurut beliau, setiap pemain industri perlu memainkan peranan dan inisiatif mengikut kapasiti serta kemampuan masing-masing dalam membantu menjayakan program TMI 2023.
"Sebagai contoh, hotel mungkin boleh menawarkan pakej menarik bagi tempoh tertentu dalam TMI 2023.
"Pihak pengangkutan mungkin boleh menawarkan tambang istimewa atau pakej tertentu bagi pelancong yang ingin menggunakan perkhidmatan pengangkutan mereka," kata beliau lanjut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.