SG, M'sia selesai kerja naik taraf saluran penghubung bekalan elektrik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Singapore Business Review
SINGAPURA: Singapura dan Malaysia sudah menyelesaikan kerja-kerja naik taraf bagi saluran bekalan elektrik yang menghubungkan kedua-dua negara.
Menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), saluran penghubung itu membolehkan kedua-dua negara untuk membekalkan tenaga elektrik ke seberang tambak sekiranya berlaku gangguan pada bekalan elektrik.
Dengan kerja-kerja naik taraf yang diselesaikan pada Ogos tahun lalu, saluran tersebut boleh menyalurkan tenaga elektrik sebanyak 1,000 megawatt antara Singapura dengan Malaysia.
EMA menyatakan bahawa kapasiti yang digandakan itu meningkatkan ketersambungan bekalan tenaga serantau.
Sistem penghubung itu juga digunakan dalam perdagangan bekalan tenaga rentas sempadan di bawah Projek Penyepaduan Tenaga antara Laos, Thailand, Malaysia dengan Singapurat (LTMS-PIP).
Di bawah projek itu, sehingga 100 megawatt tenaga hidrolektrik yang boleh diperbaharui disalurkan dari Laos ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia menggunakan saluran-saluran sedia ada.

Sumber : Bernama/ZM/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.