Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SG-M'sia sahkan hubungan erat dua hala sempena lawatan Agong

Anggaran Waktu Membaca:
SG-M'sia sahkan hubungan erat dua hala sempena lawatan Agong

Gambar: Facebook/Istana Negara

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia mengesahkan hubungan erat dua hala yang sudah terjalin sekian lama, semasa lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke Singapura.

Upacara sambutan beristiadat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah berlangsung di Istana pada petang Rabu (26 Okt).

Ia disusuli dengan majlis jamuan negara yang diberikan Presiden Halimah Yacob.

Berucap semasa majlis jamuan negara anjuran ketua negara Singapura itu, Puan Halimah berkata, kunjungan Sultan Abdullah ini mencerminkan pertukaran menguntungkan antara Singapura dengan Malaysia.

Puan Halimah menarik perhatian betapa kedua-dua negara sentiasa bekerja rapat dalam bidang-bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Lawatan Yang di-Pertuan Agong itu merupakan kemuncak kepada beberapa pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara tahun ini.

Awal dari itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengunjungi Yang di-Pertuan Agong.

Menulis di Facebook, PM Lee berkata kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi hubungan rapat antara Singapura dengan Malaysia, yang dibina berasaskan hubungan kukuh antara rakyat dengan rakyat merentasi generasi.

PM Lee menambah, beliau cukup berterima kasih di atas budi baik Sultan Abdullah dan isterinya selama bertahun-tahun.

PM Lee yakin hubungan dua hala akan terus berkembang kukuh sedang kedua-dua negara bekerjasama merentasi pelbagai sektor.

Sultan Abdullah dan permaisuri Agong juga diberi penghormatan dengan mengabadikan nama mereka pada sejenis pokok orkid kacukan yang baru.

Atur cara lain lawatan Yang di-Pertuan Agong termasuk berkunjung ke kem latihan SAF dan loji AirBaru serta bertemu rakyat Malaysia di Singapura.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan