SG, M'sia, Indonesia bincang keselamatan pelayaran di Selat Melaka
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Jabatan Laut Malaysia)
JAKARTA: Pegawai dari Indonesia, Malaysia dan Singapura baru-baru ini mengadakan pertemuan bagi membincangkan usaha meningkatkan keselamatan pelayaran dan perlindungan maritim di Selat Melaka dan Singapura (SOMS).
Mesyuarat Kumpulan Pakar Teknikal Tiga Pihak (TTEG) ke 46 selama dua hari berakhir pada Khamis (3 Ogos) diuruskan oleh Majlis Selat Melaka (MSC).
Agenda yang dibahas termasuk pertukaran maklumat mengenai kemajuan mekanisme kerjasama dan pelaporan perkembangannya, menurut Kementerian Perhubungan Indonesia dalam satu kenyataan.
Delegasi Indonesia diketuai Direktorat Jenderal Perhubungan Laut memaklumkan negaranya mengambil bahagian secara aktif membahas dan memuktamadkan inisiatif baharu berkaitan pembangunan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan perkapalan di SOMS.
Pengarah pelayaran Kapten Budi Mantoro yang menyertai delegasi Indonesia berkata input diberikan dalam meningkatkan Projek 14 yang merupakan inisiatif baharu mengenai Bantuan Maya Pengemudian, dan Projek 15 mengenai pembangunan SOP untuk mengendalikan insiden kontena jatuh ke laut.
"Kami turut membincangkan rancangan untuk menyemak semula sistem laluan kapal dan sistem pelaporan kapal, serta membincangkan lebih lanjut Projek 13 yang dimulakan oleh MSC sebagai kesinambungan TTEG atau Bahagian Dua daripada Mesyuarat TTEG ke-46 pada Januari dan Februari 2024," katanya.
Menurut Kapten Budi, SOMS selama ini berfungsi sebagai antara laluan pelayaran strategik dan penting di dunia disebabkan jumlah trafik yang banyak, jarak laluan, dan kedudukan geografi sekaligus menjadi cabaran berterusan bagi tiga negara pesisir pantai untuk memastikan keselamatan pelayaran dan perlindungan alam sekitar serta marin.
Namun komitmen yang dicapai pada mesyuarat itu bukan sahaja ditujukan kepada tiga negara terlibat, tetapi juga pertubuhan antarabangsa, negara pengguna dan pihak berkepentingan lain seperti yang ditetapkan oleh Perkara 43 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS), katanya.
Pihaknya turut menghargai apa yang disepakati oleh Indonesia, Malaysia, dan Singapura sehingga diwujudkan TTEG pada 1977, memandangkan tiga negara menjaga kerjasama yang baik dalam hal-hal yang berkaitan SOMS selama hampir lima dekad.
"TTEG telah terbukti menjadi platform yang berkesan untuk melaksanakan langkah-langkah koordinasi demi menjaga keselamatan, kebersihan, dan keamanan pelayaran di SOMS," katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.