Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SG kutuk 'serangan kejam' terhadap upacara keagamaan Katolik di Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
SG kutuk 'serangan kejam' terhadap upacara keagamaan Katolik di Filipina

(Gambar: AFP/Lanao Del Sur Provincial Information Office)

SINGAPURA: Singapura mengutuk keras serangan bom di sebuah universiti di bandar Marawi, Filipina pada Ahad (3 Dis).

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 50 yang lain cedera dalam serangan itu.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyampaikan takziah kepada keluarga para mangsa dan menegaskan bahawa negara ini berdiri teguh dengan pemerintah Filipina.

MFA menambah bahawa serangan kejam ini menjadi peringatan yang jelas tentang ancaman pengganasan yang terus ditimbulkan kepada semua negara.

Kumpulan ISIS mengaku bertanggungjawab atas pengeboman tersebut, di mana Presiden Ferdinand Marcos Jr menyalahkan "pengganas asing".

Polis Filipina pada Rabu (6 Dis) menamakan dua anggota kumpulan militan pro-ISIS warga Filipina sebagai suspek dalam pengeboman itu.

Dua suspek, Kadapi Mimbesa and Arsani Membisa, merupakan anggota kumpulan ISIS-Maute, pengarah wilayah Brigedier Jeneral Allan Nobleza memberitahu sidang media.

Lelaki ketiga, yang identitinya masih belum dikenal pasti, ditugaskan untuk mengawasi keadaan ketika pengeboman dilancarkan, kata Encik Nobleza.

"Kami sedang mengerahkan semua sumber untuk memastikan pesalah dibawa ke muka pengadilan supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan atas jenayah yang mereka lalukan," kata Encik Nobleza kepada para wartawan.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan