SG gesa perang di Gaza segera dihentikan
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang wanita diselamatkan daripada pengeboman Israel di Rafah pada 12 Dis 2023. (Gambar: Said Khatib/AFP)
SINGAPURA: Singapura menggesa supaya peperangan di Gaza segera dihentikan atas sebab-sebab kemanusiaan, tegas Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pagi tadi (13 Dis), Singapura dalam kalangan 153 negara yang mengundi menyokong ketetapan melaksanakan gencatan senjata agar bantuan kecemasan dapat segera dihulurkan kepada para penduduk Gaza.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan gagal menguatkuasakan resolusi serupa.
"Singapura menyokong kedua-dua resolusi kerana kami benar-benar bimbang tentang pembinasaan yang berlarutan mahupun bilangan mangsa yang terus meningkat di Gaza," tulis Dr Vivian menerusi catatan media sosialnya pada Rabu (13 Dis).
Singapura juga menggesa semua pihak supaya memenuhi kewajipan masing-masing di bawah undang-undang antarabangsa, terutama sekali undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Nyawa yang tidak berdosa perlu dilindungi, walaupun Israel menuntut haknya untuk mempertahankan rakyat dan wilayahnya menyusuli serangan terkutuk Hamas pada 7 Oktober 2023," tambah Dr Vivian.
Beliau juga menggesa agar semua tebusan dibebaskan tanpa syarat.
Sejauh ini, lebih 17,700 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikuasai Hamas.
Sekitar 90 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza juga hilang tempat tinggal dan tidak mempunyai tempat selamat untuk melarikan diri.
Sesi Perhimpunan Agung PBB akan dilanjutkan pada Jumaat (15 Dis). Wakil tetap Singapura di New York, Encik Burhan Gafoor, akan menyampaikan Kenyataan Negara di sesi tersebut, menurut Dr Vivian lagi.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.