Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SG gesa EU tegakkan sistem perdagangan global terbuka

Anggaran Waktu Membaca:
SG gesa EU tegakkan sistem perdagangan global terbuka

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Sweden Tobias Billström pada 13 Mei 2023. (Gambar: MFA)

SWEDEN: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya memainkan peranan utama dalam mengekalkan sistem perdagangan global yang terbuka dan berteraskan peraturan.

Ini selain menjadi kuasa untuk kestabilan dan inklusif bagi Asia Pasifik dan EU.

Kata Dr Balakrishnan, langkah itu akan meletakkan kedua-dua rantau dalam kedudukan yang baik untuk merebut peluang-peluang baru.

Dr Balakrishnan kini berada di ibu kota Sweden, Stockholm untuk menghadiri Forum Peringkat Menteri Indo-Pasifik.

Beliau turut menekankan prinsip keterbukaan Asia Tenggara bagi memberikan semua negara kepentingan dalam kemakmuran dan pembangunan kolektif.

Ia juga mewujudkan keseimbangan kuasa yang stabil.

Semasa di Stockholm, Dr Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan sejawatannya dari Eropah.

Mereka membincangkan perkembangan global dan kerjasama dua hala.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan