Skip to main content

Dunia

SG, Brunei perkukuh hubungan pertahanan antara kedua-dua negara

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Brunei perkukuh hubungan pertahanan antara kedua-dua negara

Encik Chan menerima upacara sambutan tentera setibanya di Istana Brunei. (Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)

Diterbitkan : 23 Aug 2025 09:24PM Dikemas Kini : 23 Aug 2025 09:25PM
BANDAR SERI BEGAWAN: Singapura dan Brunei mengesahkan semula kepentingan apa yang disifatkan sebagai hubungan istimewa antara kedua-dua negara, serta hubungan pertahanan yang kukuh.

Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing kini melakukan lawatan pengenalan selama dua hari ke Brunei.

Semasa lawatan itu, Encik Chan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Brunei kerana menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Singapura pada awal bulan ini.

Encik Chan turut bertemu dengan Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Selain itu, Encik Chan menyaksikan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalani latihan di Temburong, sambil beramah mesra dengan para pegawai kadet.

Encik Chan berkata sikap murah hati Brunei yang membenarkan askar-askar SAF berlatih di Temburong membantu mempertingkatkan keupayaan seluruh generasi askar-askar SAF.

"Walaupun hubungan kami semakin mekar, kami tidak akan berpeluk tubuh. Kami akan terus membina pada asas ini dan membolehkan generasi seterusnya berkembang bersama supaya sikap kepercayaan yang mendalam ini membolehkan kita melakukan lebih banyak lagi perkara bersama," kata Encik Chan.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita