Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SG, Bangladesh meterai memorandum kerjasama perdagangan dan pelaburan

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Bangladesh meterai memorandum kerjasama perdagangan dan pelaburan

Gambar: Press Information Department, Ministry of Information, Bangladesh

SINGAPURA: Singapura dan Bangladesh menandatangani memorandum kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan (MCTI).

Demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (18 Nov).

Pemeteraian itu dilakukan sewaktu Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran mengunjungi Bangladesh dari 15 November hingga 17 November, tambah MTI.

Sewaktu kunjungan itu, Encik Iswaran mengadakan pertemuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina. Mereka mengesahkan lagi hubungan rapat antara Singapura dengan Bangladesh dan berbincang tentang cara memperdalam hubungan ekonomi dua hala.

Memorandum tersebut - yang ditandatangani bersama Menteri Perdagangan Bangladesh Tipu Munshi - melakarkan skop untuk memperdalam jalinan ekonomi antara kedua-dua negara itu, menurut MTI.

"Di bawah MCTI, kumpulan kerja dua hala antara pegawai-pegawai kanan akan ditubuhkan untuk mengenal pasti inisiatif-inisiatif dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui, logistik, kemudahan perdagangan dan piawaian, untuk meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan."

“MCTI adalah satu pencapaian penting dalam kerjasama ekonomi antara Bangladesh dengan Singapura, sedang kita menyambut 50 tahun hubungan diplomatik.
Ia akan membantu syarikat Singapura mempelbagaikan pasaran mereka dengan memanfaatkan potensi pertumbuhan kukuh Bangladesh," kata Encik Iswaran.

"Bangladesh merupakan pasaran yang berkembang pesat dengan pertumbuhan ekonomi purata enam peratus hingga tujuh peratus antara 2011 dengan 2021. Ia dijangka menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia menjelang 2030."

Semasa berada di negara itu, Encik Iswaran juga bertemu dengan penasihat privet industri dan pelaburan Cik Hasina, Salman F Rahman dan menteri-menteri Bangladesh yang lain.

Lawatan Encik Iswaran itu dilengkapi dengan misi perniagaan yang dianjurkan bersama oleh Enterprise Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura, kata MTI.

Wakil dalam misi tersebut bertemu pegawai dari pelbagai pertubuhan pemerintah yang dianjurkan oleh perniagaan Bangladesh dan syarikat pemula, dan melakukan pelbagai lawatan tapak di seluruh Dhaka.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan