SG bakal adakan perbincangan awam guna data peribadi dalam sofwe AI
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang menimbangkan garis panduan bagi penggunaan data peribadi dalam menghasilkan gambar atau video palsu.
Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata ia mungkin disediakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Ini memandangkan timbul keprihatinan baharu dalam bidang janaan Kecerdasan Buatan (AI).
Buat masa ini, pemerintah sedang melakarkan nasihat hanya untuk sistem AI tradisional seperti membuat saranan atau ramalan.
"Pangkalan data bermutu lebih mudah untuk dihasilkan sebaik sahaja syarikat-syarikat jelas tentang data yang boleh digunakan, termasuk data peribadi. Para pengguna juga boleh meraih manfaat apabila industri jelas tentang bagaimana data peribadi boleh diguna pakai untuk AI, secara selamat dan diyakini," kata Cik Teo.
Syarikat-syarikat juga akan dibantu meneroka cara-cara baharu untuk mengumpulkan dan menggunakan data pengguna dengan selamat.
Uji kaji teknologi peningkatan privasi itu adalah usaha yang dijalankan bersama Google, yang akan menggunakan teknologi tersebut, dan bukannya kuki pihak ketiga, menjelang hujung tahun depan.
Cik Teo berkata demikian di Minggu Perlindungan Data Peribadi.
Acara itu dihadiri setiap negara anggota ASEAN buat julung-julung kalinya.
Cik Teo berkata acara sebegini penting bagi membincangkan perkongsian data rentas sempadan.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.