SG antara 6 negara siasat aset milik Daim Zainuddin
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Kewangan Malaysia Daim Zainuddin. (Gambar fail: AFP/Andy Wong)
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di enam negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membekukan harta dan aset yang dikaitkan dengan mantan Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin yang tidak diisytiharkan.
Salah satu daripadanya ialah Jabatan Ehwal Komersil Singapura.
Menurut laporan Berita Harian online, tindakan itu dibuat menyusuli adanya sejumlah harta termasuk aset komersil bernilai berbilion ringgit di beberapa negara Eropah yang tidak diisytiharkan dalam siasatan SPRM yang dijalankan sejak 2023.
Agensi lain yang akan turut memberi kerjasama dalam siasatan tersebut ialah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, Jabatan Peguam Negara Switzerland.
Selain itu, dua pihak berkuasa Britain iaitu National Crime Agency (NCA) serta Pusat Penyelarasan Antirasuah Antarabangsa (IACCC) sudah membuat tindakan bagi tujuan pembekuan.
Menurut laporan Berita Harian Online lagi, pihaknya difahamkan bahawa beberapa pihak berkuasa di negara yang dikenal pasti menyimpan sejumlah harta itu juga akan turut bersama SPRM dalam siasatan berkenaan dalam tempoh terdekat.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi media tempatan itu mengesahkan kerjasama tersebut dan berkata, SPRM akan mengguna pakai Akta Bantuan Bersama Dalam Hal Ehwal Jenayah 2002 (MACMA 2002) untuk tindakan penyiasatan.
Katanya, penguat kuasa luar negara bekerjasama dengan SPRM bagi melaksanakan pembekuan ke atas sejumlah harta mewah dan bernilai tinggi yang ada kaitan dengan ahli perniagaan berkenaan.
"Tindakan pembekuan ini sebahagian daripada proses siasatan dan peringkat permulaan sebelum proses seterusnya membabitkan tindakan lucut hak dengan pendakwaan atau tanpa pendakwaan.
"Ini strategi penting dalam usaha memerangi jenayah rasuah atau jenayah kewangan yang membabitkan kerugian yang tinggi kepada pihak kerajaan dan bertujuan untuk mendapat semula hasil itu untuk negara," katanya kepada Berita Harianh Online.
Mengulas lanjut, Mohamad Zamri berkata, ketika ini masih terdapat beberapa perkara sebelum tindakan itu dibuat termasuk prosedur undang-undang.
"Antaranya ialah permohonan mahkamah dan apabila selesai, 'restraining order' akan dihantar ke negara-negara itu melalui MACMA 2002," katanya.
MACMA 2002 membolehkan Malaysia mendapatkan dan memberikan bantuan kepada negara lain dalam siasatan serta pendakwaan jenayah rentas sempadan atau rasuah, bagi tujuan pertukaran bahan bukti, pengaturan kehadiran saksi dan perkara berkaitan jenayah yang disiasat.
Prinsip utamanya adalah kesalahan atau jenayah itu mestilah dianggap sebagai jenayah di kedua-dua negara, iaitu Malaysia dan negara yang membuat permintaan.
Akta tersebut pernah digunakan dalam siasatan skandal 1MDB, iaitu Malaysia meminta dan menerima bantuan daripada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan kes itu.
ASET DAIM DI LUAR NEGARA RM4.5 BILION
Sebelum ini, Berita Harian Online mendedahkan aset dan harta yang dikaitkan dengan Daim, keluarganya serta proksi, yang berada di lima lagi negara selain Britain, dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM4.5 bilion (S$1.4 bilion).
Difahamkan aset bernilai tinggi dan mempunyai kepentingan komersil itu dijangka dibekukan selepas SPRM mendapati ia gagal diisytiharkan dalam siasatan terhadap pemimpin politik itu.
Sabtu lalu, syarikat media tersebut secara eksklusif juga mendedahkan, lagi lima negara menjadi sasaran SPRM untuk menjejaki sejumlah harta bernilai tinggi tidak diisytiharkan milik Daim dan keluarga, termasuk proksi mantan menteri kewangan itu.
Laporan eksklusif menyebut, lima negara itu ialah Amerika Syarikat, Singapura, Jersey, Jepun dan Itali.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.