SG antara 16 ekonomi dalam siasatan Amerika terhadap perdagangan tidak adil
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (11 Mac) berkata ia akan melancarkan dua siasatan perdagangan baharu terhadap kapasiti perindustrian berlebihan dalam 16 rakan dagang utama dan buruh paksa, untuk meningkatkan semula tekanan tarif selepas Mahkamah Agung negara itu membatalkan sebahagian besar program tarif Encik Trump pada bulan lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (11 Mac) berkata ia akan melancarkan dua siasatan perdagangan baharu terhadap kapasiti perindustrian berlebihan dalam 16 rakan dagang utama dan buruh paksa, untuk meningkatkan semula tekanan tarif selepas Mahkamah Agung negara itu membatalkan sebahagian besar program tarif Encik Trump pada bulan lalu.
Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer berkata bahawa siasatan terhadap amalan perdagangan tidak adil "Seksyen 301" boleh membawa kepada tarif baharu yang dikenakan terhadap China, Kesatuan Eropah (EU), India, Jepun, Korea Selatan dan Mexico menjelang musim panas ini.
Rakan-rakan dagang lain yang tertakluk kepada siasatan terhadap kapasiti berlebihan termasuk Taiwan, Vietnam, Thailand, Malaysia, Kemboja, Singapura, Indonesia, Bangladesh, Switzerland dan Norway.
Kanada, rakan dagang kedua terbesar Amerika Syarikat, tidak disebut sebagai sasaran siasatan tersebut.
"Siasatan ini akan menumpukan perhatian kepada ekonomi yang kami mempunyai bukti menunjukkan kapasiti dan pengeluaran berlebihan dalam pelbagai sektor pengilangan, seperti melalui lebihan perdagangan berterusan yang lebih besar atau kapasiti yang kurang digunakan atau tidak digunakan," kata Encik Greer kepada para wartawan dalam satu panggilan persidangan.
Notis rasmi USTR untuk siasatan terhadap kapasiti berlebihan memetik sektor automotif di China dan Jepun, dan menyatakan bahawa semakin banyak syarikat tidak menguntungkan atau tidak dapat memenuhi pembayaran faedah daripada operasi.
Ia turut menyatakan bahawa walaupun kapasiti kenderaan elektrik China melebihi permintaan nasional, pengeluar EV terkemuka negara itu, BYD, "secara agresif mengembangkan pengeluarannya di luar negara, dengan kilang-kilang di Uzbekistan, Thailand, Brazil, Hungary dan Turki dan dijangka mengembangkan kapasiti di Eropah, di mana kilang automotif sedia ada beroperasi hanya pada 55 peratus daripada kapasitinya.
USTR memetik lebihan perdagangan yang besar di Jerman dan Ireland sebagai bukti kapasiti berlebihan EU.
Singapura mempunyai kapasiti global yang berlebihan dalam semikonduktor walaupun terdapat defisit perdagangan dengan Amerika Syarikat, dan Norway mempunyai kapasiti berlebihan berdasarkan bukti eksport bahan api dan makanan laut yang besar, menurut USTR.
SIASATAN TERHADAP BURUH PAKSA
Encik Greer juga berkata pada Khamis (13 Mac) bahawa beliau akan memulakan satu lagi siasatan di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 untuk mengharamkan import barangan yang dihasilkan dengan buruh paksa. Siasatan itu meliputi lebih daripada 60 buah negara.
Amerika Syarikat telahpun mengambil tindakan keras terhadap import panel solar dan barangan lain dari wilayah Xinjiang, China di bawah Akta Perlindungan Buruh Paksa Uyghur yang diluluskan sebagai undang-undang oleh mantan Presiden Joe Biden, dan siasatan itu boleh memperluaskan tindakan sedemikian ke negara-negara lain.
Encik Greer berkata beliau mahu negara-negara lain menguatkuasakan larangan ke atas barangan yang dihasilkan dengan buruh paksa yang serupa dengan yang termaktub dalam undang-undang perdagangan yang hampir berusia seabad.
Amerika Syarikat mendakwa bahawa pihak berkuasa China telah menubuhkan kem buruh untuk etnik Uyghur dan kumpulan Muslim lain di wilayah barat, walaupun Beijing menafikan dakwaan berlaku penderaan.
Encik Greer berkata bahawa beliau berharap dapat menyelesaikan siasatan Seksyen 301, termasuk huraian yang dicadangkan, sebelum tarif baharu yang dikenakan oleh Encik Trump pada akhir Februari tamat tempoh pada bulan Julai.

Sumber : Reuters/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.