SEZ Johor-SG kukuhkan hubungan dua hala, tingkatkan status ASEAN sebagai hab pelaburan global
Singapura dan Malaysia menyatakan perjanjian Zon Ekonomi Khas yang baharu antara kedua-dua negara bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan status ASEAN sebagai hab pelaburan global.

Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli. (Gambar: Bernama)
Dalam satu wawancara eksklusif bersama Mediacorp, Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli berkongsi lebih banyak perincian mengenai perjanjian itu.
"Kami berharap menjadi negara berpendapatan tinggi antara 2028 atau 2029 tetapi untuk mencapainya, kami perlu mempercepatkan rombakan semula ekonomi.
"Untuk mencapainya, kami perlukan satu gelombang baru pelaburan berteknologi tinggi.
"Tentu saja kami ada asas yang baik di Pulau Pinang, di Lembah Klang tetapi Johor sangat sesuai bagi enjin pertumbuhan seterusnya bagi pelaburan sedemikian," kata Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli.
Bagaimanapun Encik Rafizi menegaskan SEZ Johor-Singapura direka untuk menarik pelaburan sejagat dan Malaysia secara konsisten berpendirian akan kerugian besar jika JS-SEZ dilihat dari sudut Singapura dan Malaysia saja.
Namun sinergi ditawarkan oleh kedua-dua negara, kata beliau, bertujuan menarik pelaburan global dan ini akan dapat mengatasi keprihatinan tentang terlalu bergantung kepada para peniaga Singapura.
Visi SEZ itu tambah Encik Rafizi, adalah langkah-langkah permulaan untuk penyatuan dua ekonomi ASEAN dan nilai tinggi projek SEZ itu akan memastikan ia berpanjangan.
Encik Rafizi juga berpendapat ASEAN dijangka menjadi ekonomi kelas pertengahan yang makmur dan beliau berharap JS-SEZ menjadi pusat inovasi dan ekonomi pasaran pengguna.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.