Skip to main content

Dunia

Setiausaha Politik PM M'sia buat laporan polis terhadap 3 portal sebar berita palsu tentang Ismail Sabri

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Mohammad Anuar Mohd Yunus, hari ini (31 Jan) membuat laporan polis terhadap tiga portal berita yang dianggapnya menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai Ahli Parlimen Bera itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Politik PM M'sia buat laporan polis terhadap 3 portal sebar berita palsu tentang Ismail Sabri

Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 31 Jan 2022 05:54PM Dikemas Kini : 31 Jan 2022 05:55PM

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Mohammad Anuar Mohd Yunus, hari ini (31 Jan) membuat laporan polis terhadap tiga portal berita yang dianggapnya menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai Ahli Parlimen Bera itu.

Laporan itu dibuat Encik Mohammad Anuar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 2.40 petang.

Encik Mohammad Anuar berkata laporan polis itu merujuk kepada sebuah portal berita yang mengeluarkan laporan bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu tarik sokongan’ semalam dan diulang siar oleh dua portal lain pada hari sama.

“Berita ini adalah palsu dan kejadian dalam kenyataan itu berlaku ketika Perdana Menteri berada dalam satu majlis di Bera pada 29 Jan lepas.

“Di sidang media itu juga, ketiga-tiga wartawan daripada portal itu tidak berada di lokasi dan telah memutar belit kenyataan sehingga menimbulkan kegusaran serta kredibiliti Perdana Menteri,” katanya semasa satu sidang media di hadapan IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Encik Mohammad Anuar menambah pihaknya mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap tiga portal berkenaan yang menurutnya, dengan sengaja serta tidak beretika membuat laporan salah mengenai Perdana Menteri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerima laporan itu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita