Setiausaha Perbendaharaan AS bakal mula lawatan ke China di tengah ketegangan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/Pool/Mark Schiefelbein
BEIJING: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen sudah tiba di Beijing pada Khamis (6 Jul) untuk berunding dengan rakan-rakan sejawatannya di China.
Lawatan peringkat tinggi itu adalah sebahagian daripada usaha AS hendak meredakan ketegangan dalam hubungannya dengan China.

Semasa empat hari di China, Cik Yellen akan berusaha untuk meluaskan kerjasama dengan China dalam isu-isu seperti ekonomi global dan tekanan hutang serta membuka saluran perhubungan yang baru.
Kedua-dua pihak tersebut bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang tinggi berhubung lawatan tersebut. Meskipun Beijing ingin mengadakan lebih banyak dialog untuk memperbaiki hubungan ekonomi, ia sudah akur bahawa kedua-dua pihak mengutamakan perlindungan keselamatan negara masing-masing berbanding agenda untuk memupuk hubungan ekonomi antara kedua-dua negara itu.
Beliau melanjutkan usaha yang dilakukan Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken semasa melawat China pada bulan lalu.

Sumber : Reuters/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.