Skip to main content

Dunia

Setiausaha Negara AS tuntut pembebasan segera 2 rakyat Kanada ditahan di China

Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo menuntut pembebasan segera dua rakyat Kanada yang ditahan di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Negara AS tuntut pembebasan segera 2 rakyat Kanada ditahan di China

Menteri Ehwal Luar Kanada, Chrystia Freeland dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo. (Gambar: Jim Young/Reuters)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 08:04PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 08:09PM

AMERIKA SYARIKAT: Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo menuntut pembebasan segera dua rakyat Kanada yang ditahan di China.

Tegasnya, Washington akan membantu mendapatkan pembebasan tersebut
sedang ketegangan memuncak berhubung penahanan eksekutif kanan syarikat Huawei, Meng Wanzhou.

Meng dibebaskan dengan ikat jamin tetapi masih berada di Kanada, sementara menunggu perintah ekstradisi ke Amerika.

Beijing menahan dua rakyat Kanada itu atas dakwaan "terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang mengancam keselamatan China."

Bagaimanapun para pengamat menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas terhadap penahanan Meng.

Sementara itu, Duta Besar Kanada sudah diberi kebenaran untuk menemui salah seorang warga Kanada yang ditahan Beijing, Michael Kovrig.

Para pegawai Konsular Kanada masih menunggu kebenaran untuk menemui seorang lagi yang ditahan, Michael Spavor.

Kedua-duanya ditahan awal minggu ini selepas Ketua Eksekutif Kewangan Huawei, ditangkap di vancouver, atas permintaan Amerika kerana disyaki melanggar sekatan ke atas Iran. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita