Setiausaha Negara Amerika Rubio gesa India, Pakistan runding untuk 'elak silap langkah'

Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio di Rumah Putih di Washington, DC pada 7 Mei 2025. (Gambar Fail: REUTERS/Leah Millis)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio menggesa India dan Pakistan memulihkan komunikasi bagi "mengelak silap langkah".
Gesaan itu dibuat susuli beberapa panggilan sedang konflik tersebut dikhuatiri mencetuskan perang besar, menurut Jabatan Negara Amerika pada awal Sabtu (10 Mei).
Encik Rubio mengadakan panggilan telefon dengan diplomat utama India, dan dipercayai buat pertamanya juga sejak tercetusnya konflik berkenaan, beliau bercakap dengan panglima tentera darat Pakistan, yang dianggap sebagai pembuat keputusan utama negara tersebut.
Semasa perbualan antara kedua-dua menteri luar itu dengan ketua tentera Pakistan Asim Munir, Encik Rubio turut "menghulurkan bantuan Amerika untuk mulakan perbincangan yang membina bagi mencegah konflik pada masa akan datang", kata Cik Bruce.
Pakistan menyatakan pihaknya sudah melancarkan serangan tentera selepas ia tuduh India serang pangkalan udaranya.
Pakistan juga memperketatkan kawalan tentera di kawasan sempadan, dedah tentera India
Diplomasi yang dipertingkat itu berlaku sedang konflik antara dua negara jiran yang bersenjata nuklear itu bertambah buruk, dengan Pakistan melancarkan serangan balas selepas India serang tiga pangkalan udaranya, kongsi pegawai berkenaan.
Amerika Syarikat menjalinkan hubungan rapat dengan India. Ia menggesa perpaduan selepas pemberontak bersenjata membunuh 26 pelancong, kebanyakannya lelaki Hindu di bahagian Kashmir yang ditadbir India, bulan lalu .
New Delhi menyalahkan Islamabad atas serangan tersebut lalu melancarkan serangan terhadap Pakistan sebagai tindak balas - meskipun selepas Islamabad menafikan sebarang penglibatan.
Sementara itu, pendekatan yang berbeza-beza diperhatikan di antara ahli golongan muda dewan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Naib Presiden JD Vance, yang juga seorang pengkritik lantang terhadap dasar luar Amerika berkata pada Khamis bahawa walaupun Amerika Syarikat mahukan konflik itu dihuraikan, ia "secara asasnya bukan urusan kami."
Sejak serangan Kashmir, kuasa Timur Tengah Iran dan Arab Saudi turut menawarkan diri untuk memainkan peranan.
China, yang mempunyai hubungan rapat dengan Pakistan termasuk bekalan peralatan ketenteraan, menyeru para pemimpin Asia Selatan supaya bertenang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.