Setiausaha Negara Amerika Pompeo adakan lawatan ke Korea Utara minggu depan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo merancang untuk mengadakan lawatan ke Korea Utara minggu depan untuk membincangkan pelan-pelan pelucutan senjata nuklear negara itu, lapor Financial Times hari ini (28 Jun) sambil menukil empat sumber yang mengetahui tentang rancangan-rancangannya.
Gambar fail Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo. (Gambar: Leah Millis/Reuters)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo merancang untuk mengadakan lawatan ke Korea Utara minggu depan untuk membincangkan pelan-pelan pelucutan senjata nuklear negara itu, lapor Financial Times hari ini (28 Jun) sambil menukil empat sumber yang mengetahui tentang rancangan-rancangannya.
Para pegawai Amerika berkata Encik Pompeo membatalkan mesyuaratnya dengan Setiausaha Negara India di Washington pada 6 Julai supaya beliau dapat mengadakan lawatan itu. Ini merupakan lawatan pertamanya ke Korea Utara sejak Presiden Amerika Syarikat dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bertemu di Singapura untuk menghadiri sidang puncak pada 12 Jun.
Semalam (27 Jun), Encik Pompeo memberitahu para penggubal undang-undang bahawa beliau yakin Korea Utara memahami skop keinginan Amerika Syarikat untuk melakukan pelucutan senjata sepenuhnya selepas dua negara itu berunding menyusuli sidang puncak tersebut.
"Kami menyatakan dengan sangat jelas tentang pelucutan senjata sepenuhnya," kata Encik Pompeo kepada jawatankuasa kecil Senat dalam satu mesyuarat tentang pendanaan Jabatan Negara.
Beberapa penganalisis keselamatan negara mengkritik Presiden Trump yang memeterai perjanjian dengan Encik Kim pada 12 Jun yang tidak mempunyai butiran-butiran terperinci tentang bagaimana Pyongyang akan menyerahkan senjata nuklear dan peluru-peluru berpandunya.
Sehari selepas sidang puncak itu, Presiden Trump mengirimkan tweet yang menyatakan bahawa "tiada lagi ancaman nuklear dari Korea Utara". Encik Pompeo pula memberitahu jawatankuasa kecil Senat bahawa "risikonya kini rendah".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.