Skip to main content

Dunia

Setiausaha negara Amerika Antony Blinken hadir sidang puncak dengan ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha negara Amerika Antony Blinken hadir sidang puncak dengan ASEAN

(Gambar fail: Brendan SMIALOWSKI / AFP)

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dijadual melawat Laos untuk mesyuarat ASEAN dan pemimpin berkaitan, menurut Jabatan Negara Amerika pada Selasa (8 Okt).

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Matthew Miller berkata Enck Blinken akan mengambil bahagian dalam Sidang Puncak Asia Timur dan Sidang Puncak Amerika Syarikat-ASEAN di ibu kota Laos, Vientiane, lapor Agensi Anadolu.

"Setiausaha Negara Amerika Syarikat akan mengulangi komitmen Amerika Syarikat terhadap pemusatan ASEAN dan sokongan kepada ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik yang berkongsi prinsip asas dengan Strategi Indo-Pasifik Amerika.

"Encik Blinken akan menekankan bagaimana Perkongsian Strategik Komprehensif Amerika Syarikat-ASEAN memberikan manfaat konkrit kepada gabungan penduduk seramai satu bilion orang, termasuk melalui kerjasama ekonomi kami dan peningkatan pelibatan dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan," katanya.

Menurut Encik Miller, Encik Blinken juga akan membincangkan isu geopolitik, termasuk krisis di Myanmar, kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa di Laut China Selatan dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita